Taman Rama-rama di Kuala Lumpur






Butterfly Park / Taman Rama-rama terletak di Jalan Cendarasari. Taman Tasik Perdana 50480 Kuala Lumpur -

Tel: 03-2693-4799 

Dibuka setiap hari dari jam

9 pagi  sehingga 6 petang


tiket masuk RM8.00 Dewasa
                  RM3.00 Kanak-kanak
                  RM1.00 Camera










Taman ini merupakan satu taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif dengan berbagai-bagai spesies tempatan termasuk yang jarangkali ditemui iaitu Raja Brooke danSayap Burung.


 Terdapat lebih dari 6,000  rama-rama dari 120 spesis rama-rama dalam malaysia ini dan juga terdapat pelbagai serangga yang unik di pamerkan juga.




cerita ku di sana...



   Sudah lama aku nak ke taman rama-rama ni tetapi  kadang-kala tak der masa  hendak pergi kesana. Entah bagaimana ada hari cuti tu aku pergi juga kesana dengan berbekal kan RM 100 dengan menaiki motorsikal  buruk aku yang terkedek-kedek aku pun memecut 20km/j ke arah taman tasik perdana. Hendak ke taman rama-rama ni tak susah sebab banyak laluan masuk, yang penting kalau jumpa Taman Tasik Perdana  mesti la jumpa Taman Rama-rama. 



Okay..sampai saja aku kat Taman Rama-rama ni aku pun parking laa motorsikal  berkuasa rendah aku, Alhamdullilah  keadaan cuaca yang  baik  hari tu tak menganggu percutian aku. Aku pun bejalan ke kaunter tiket dan membayar harga tiket . wow ! RM8.00 jer  untuk dewasa, berpatutan gak. aku pun ditanya oleh  pekerja kaunter..
"ada bawa kamera tak? "
Aku jawab " tak der kak , tapi hanset ber kamera ada la"
Pekerja kaunter tu kata " tak per ..Handphone berkamera tak dikena kan caj " dan tersenyum.

Aku sempat juga terpandang  makanan ikan di atas kanter tiket . Harga makanan ikan RM5.00 sahaja, so tanpa berfikir panjang aku  ambil satu dan bayar. So..aku pun memulakan langkah aku masuk kedalam pintu masuk taman itu. Satu dunia yang aku teringin nak pergi sangat , oh ! bahagianya.




Aku masuk dan  aku terpegun dengan pelbagai jenis rama-rama  yang berterbangan dalam taman itu.Gembira nya hati aku tuhan saja yang tahu. Aku bejalan dan aku terpandang satu kolam ikan kap. aku pun pergi ke arah kolam tu dan tengok laa ikan -ikan kap tengah berenang dalam kolam itu.Aku pun apa lagi teringat makanan ikan yang aku beli di kaunter tiket tadi dan aku segera taburkan makanan ikan kat dalam kolam tu.Berebut -rebut ikan makan. Akumeneruskan perjalanan  dalam taman rama-rama , Oh yer , makanan  ikan tadi aku tak habis kan sebab aku ternampak banyak kolam dalam taman ni. Sampai di satu kawasan aku terpandang akuarium kecil, aku merapati akuarium itu dan aku nampak spesis  yang unik dan pelik, Seperti labi-labi kulit lembut,katak yang pelik dan macam macam aku lupa nama nya. Aku sampai di satu tempat yang ada air pancut dan disitu ada kawasan di mana rama-rama berkumpul menghirup air disitu. wah seronoknya aku dikelilingi okleh rama-rama. 


  
  
  Aku ternampak satu kolam yang air nya keroh dan aku merapati kolam tu. Mana ikan? kata  hati aku, aku pun cuba bagi sedikit makanan ikan. wah ada ikan rupa nya tapi ikan talapia jer. Tiba-tiba aku ternampak satu bayang hitam yang besar  dan panjang lebik kurang 1 meter. Apa tu ? aku tertanya-tanya, alangkah terperanjat nya aku bila aku dapat melihat ngan jelas  apa kan yang muncul tu. Ikan keli afrika, yang sedang memakan makanan ikan yang aku tabur kan dan seekor demi seekor muncul ikan jenis ini. Aku pun  melepak di kolam itu sambil bagi  makan dan aku terlupa yang aku berada di taman rama rama, lama jugak aku melayan ikan ikan keli itu.sehingga makanan ikan aku abis dan aku pun menerus kan perjalanan bersiar-siar di taman rama-rama ini  sehingga aku sampai ke pintu keluar.
  Aku ingat sampai disitu sahaja  lawatan aku ke taman ini tetapi disebalik pintu keluar itu terdapat  juga satu bilik  atau aku panggil muzium serangga. Banyak info dan  serangga yang mati dan hidup dalam tu. Aku  meneroka bilik itu dan sehingga aku sampai ke penghujung bilik tu dan ada juga satu lagi kawasan yang perlu dilawati pabila kesana iaitu kedai cenderamata.Aku pun jalan pusing satu kedai cenderamata  dan puas aku  cuci mata dalam kedai tu aku pun keluar dan terus ke destinasi aku seterusnya iaitu Taman Orkid an Taman Bunga Raya.









 Main Menu