Kata-kata Renungan Pendek

  • Apa yang dah berlaku di masa lalu jangan jadikan pengukur untuk menentukan masa depan. Kenapa? Sebab Apa yang dah berlaku tidak akan sama dengan apa yang boleh akan berlaku di masa hadapan. Hidup ini adalah satu perjalanan, maka tidak ada gunanya kita asyik mengingat semua yang kita lalui terutama yang buruk-buruk.




  • ‎" Orang yg mencintai tidak akan pernah lupa saat pertemuan dgn kekasihnya.Mereka akan gembira jika diingatkan dgn kematian & akhirat.Kerana mereka sentiasa berusaha utk mendirikan villa di akhirat & menanam pohon-pohon Syurganya. Bahkan mereka terbang ke syurga dgn rohnya. Maka bau harum semerbak tersebar di sepanjang perjalannya"




  • Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya…namun kekadang ia muncul sebagai ujian dari Nya buat kita,ingin melihat bagaimana kita memelihara,mengawal dan mengurusnya..perasaan cinta itu amanah dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah




  • Jika putih itu indah.. kenapa harus ada hitam? Jika melati itu suci.. kenapa harus ada mawar berduri? Jika kita punya kaki untuk melangkah.. kenapa kita menginginkan sayap untuk terbang? jika kita punya mata untuk menatap masa depan.. kenapa kita pejamkan untuk berkhayal? Hidup ini indah bila kita faham erti hidup yang sebenar.. Hidup ini indah jika kita saling menghargai.. hidup ini akan lebih indah jika tak ada sedikitpun rasa benci.. → Kerana kita hidup untuk saling melengkapi ...


  • Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat. Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri




  • "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?" Jangan dibiarkan berhabuk didalam almari. Tataplah akan ia. Peganglah akan ia. Selaklah akan ia. Bacalah akan ia. Hayatilah akan ia. Pasti ia akan menjadi pendamping kamu dihari yang sukar. SubhanaAllah Alhamdulilah AllahuAkbar. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.