Assallamualaikum wbt dan selamat sejahtera pada pembaca-pembaca blog ini.Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada anda semua. Saya suka berjalan dan melihat tempat menarik yang ada di sekeliling saya.Di Kuala Lumpur tempat yang penuh dengan manusia dan bangunan tak disangka masih ada tempat-tempat yang menarik untuk bercuti dan merehat kan minda kita.Jom!! kita terjah tempat -tempat yang menarik di Kota Metroploitan ini..
Menu/info
Taman Tasik Perdana
Taman Rama-rama K.L
Taman Orkid dan Bunga Raya
Taman Burung
Zoo Negara
Menara KL
Hutan Simpan Bukit Nanas
Taman Lipur Kanching
Taman Rimba Temple Park
Air Terjun Ulu Yam
Air Terjun Kemensah
Air terjun Sg Congkak
Air Terjun Sg Gabai
Taman Tasik Titiwangsa
KLCC
Tasik PutraJaya
Bukit Permai
Bandar ICT Shah Alam
Muzium Negara
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Taman Rama-rama di Kuala Lumpur
Butterfly Park / Taman Rama-rama terletak di Jalan Cendarasari. Taman Tasik Perdana 50480 Kuala Lumpur -
Tel: 03-2693-4799
Dibuka setiap hari dari jam
9 pagi sehingga 6 petang
tiket masuk RM8.00 Dewasa
RM3.00 Kanak-kanak
RM1.00 Camera
Taman ini merupakan satu taman rama-rama dan serangga yang paling komprehensif dengan berbagai-bagai spesies tempatan termasuk yang jarangkali ditemui iaitu Raja Brooke danSayap Burung.
Terdapat lebih dari 6,000 rama-rama dari 120 spesis rama-rama dalam malaysia ini dan juga terdapat pelbagai serangga yang unik di pamerkan juga.
cerita ku di sana...

Sudah lama aku nak ke taman rama-rama ni tetapi kadang-kala tak der masa hendak pergi kesana. Entah bagaimana ada hari cuti tu aku pergi juga kesana dengan berbekal kan RM 100 dengan menaiki motorsikal buruk aku yang terkedek-kedek aku pun memecut 20km/j ke arah taman tasik perdana. Hendak ke taman rama-rama ni tak susah sebab banyak laluan masuk, yang penting kalau jumpa Taman Tasik Perdana mesti la jumpa Taman Rama-rama.
Okay..sampai saja aku kat Taman Rama-rama ni aku pun parking laa motorsikal berkuasa rendah aku, Alhamdullilah keadaan cuaca yang baik hari tu tak menganggu percutian aku. Aku pun bejalan ke kaunter tiket dan membayar harga tiket . wow ! RM8.00 jer untuk dewasa, berpatutan gak. aku pun ditanya oleh pekerja kaunter..
"ada bawa kamera tak? "
Aku jawab " tak der kak , tapi hanset ber kamera ada la"
Pekerja kaunter tu kata " tak per ..Handphone berkamera tak dikena kan caj " dan tersenyum.
Aku sempat juga terpandang makanan ikan di atas kanter tiket . Harga makanan ikan RM5.00 sahaja, so tanpa berfikir panjang aku ambil satu dan bayar. So..aku pun memulakan langkah aku masuk kedalam pintu masuk taman itu. Satu dunia yang aku teringin nak pergi sangat , oh ! bahagianya.
Aku masuk dan aku terpegun dengan pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan dalam taman itu.Gembira nya hati aku tuhan saja yang tahu. Aku bejalan dan aku terpandang satu kolam ikan kap. aku pun pergi ke arah kolam tu dan tengok laa ikan -ikan kap tengah berenang dalam kolam itu.Aku pun apa lagi teringat makanan ikan yang aku beli di kaunter tiket tadi dan aku segera taburkan makanan ikan kat dalam kolam tu.Berebut -rebut ikan makan. Akumeneruskan perjalanan dalam taman rama-rama , Oh yer , makanan ikan tadi aku tak habis kan sebab aku ternampak banyak kolam dalam taman ni. Sampai di satu kawasan aku terpandang akuarium kecil, aku merapati akuarium itu dan aku nampak spesis yang unik dan pelik, Seperti labi-labi kulit lembut,katak yang pelik dan macam macam aku lupa nama nya. Aku sampai di satu tempat yang ada air pancut dan disitu ada kawasan di mana rama-rama berkumpul menghirup air disitu. wah seronoknya aku dikelilingi okleh rama-rama.

Aku ternampak satu kolam yang air nya keroh dan aku merapati kolam tu. Mana ikan? kata hati aku, aku pun cuba bagi sedikit makanan ikan. wah ada ikan rupa nya tapi ikan talapia jer. Tiba-tiba aku ternampak satu bayang hitam yang besar dan panjang lebik kurang 1 meter. Apa tu ? aku tertanya-tanya, alangkah terperanjat nya aku bila aku dapat melihat ngan jelas apa kan yang muncul tu. Ikan keli afrika, yang sedang memakan makanan ikan yang aku tabur kan dan seekor demi seekor muncul ikan jenis ini. Aku pun melepak di kolam itu sambil bagi makan dan aku terlupa yang aku berada di taman rama rama, lama jugak aku melayan ikan ikan keli itu.sehingga makanan ikan aku abis dan aku pun menerus kan perjalanan bersiar-siar di taman rama-rama ini sehingga aku sampai ke pintu keluar.

Taman Orkid dan Taman Bunga Raya KL
Taman Orkid dan Taman Bunga Raya KL
Taman Orkid Kuala Lumpur terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia telah dibuka secara rasminya oleh Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali(kini bergelar Tun) pada hari Selasa, 15 April 1986 bersamaan 6 Syaaban 1406H. Terdapat lebih 800 jenis spesis bunga orkid ditanam di sini.
Masuk adalah percuma
- Antara bunga orkid yang terdapat di sana

- Bunga Raya yang unik
Hutan Simpan Bukit Nanas
>INFO
* Hutan Simpan Bukit Nanas diwartakan sebagai hutan simpan pada 1906
* Ia adalah satu-satunya kawasan hutan asli dipterokarpa pamah yang masih wujud di tengah bandar raya Kuala Lumpur dan menjadi antara hutan simpanan kekal yang tertua di Semenanjung Malaysia.
* Antara spesies burung yang boleh dilihat di sini termasuk murai rimba, tiong gembala kerbau, perling mata merah, merban kapur dan pekaka belukar.
* Dibuka dari 7 pagi hingga 6 petang setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti am
* Untuk ke sini, anda boleh berhenti di Stesen Monorel Bukit Nanas atau Stesen Putra-LRT Dang Wangi atau 10 minit perjalanan menaiki teksi dari Pasar Seni.
Sebarang pertanyaan, hubungi 03-2070 6342 atau layari www.menarakl.com.my untuk maklumat lanjut.

Jambatan gantung Bukit Nanas.
Pintu Gerbang Masuk Bukit Nanas.
Tangga yang naik ke atas .
Info Center Bukit Nanas.
Pokok yang tertua di Bukit Nanas.
Subscribe to:
Posts (Atom)