>INFO
* Hutan Simpan Bukit Nanas diwartakan sebagai hutan simpan pada 1906
* Ia adalah satu-satunya kawasan hutan asli dipterokarpa pamah yang masih wujud di tengah bandar raya Kuala Lumpur dan menjadi antara hutan simpanan kekal yang tertua di Semenanjung Malaysia.
* Antara spesies burung yang boleh dilihat di sini termasuk murai rimba, tiong gembala kerbau, perling mata merah, merban kapur dan pekaka belukar.
* Dibuka dari 7 pagi hingga 6 petang setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti am
* Untuk ke sini, anda boleh berhenti di Stesen Monorel Bukit Nanas atau Stesen Putra-LRT Dang Wangi atau 10 minit perjalanan menaiki teksi dari Pasar Seni.
Sebarang pertanyaan, hubungi 03-2070 6342 atau layari www.menarakl.com.my untuk maklumat lanjut.