SUSAHKAH KE NAK JADI IKHLAS?

 “Sesungguhnya solatku dan amalan-amalan sunatku, malah hidupku dan matiku hanyalah semata-mata untuk Allah Tuhan Semesta Alam”. Ini adalah maksud kepada doa iftitah yang kita baca:


إنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن


Doa yang kita baca pada permulaan solat ini adalah aku janji kita kepada Allah SWT. Paling kurang satu hari kita membacanyanya 5 kali. Tiada akujanji di atas dunia ini yang dilakukan oleh manusia berkali-kali sebagaimana di atas. Setiap nafas, setiap sen dan setiap tenaga yang digunakan semuanya akan dibawa ke akhirat dalam bentuk ‘kod’ dosa pahala dan halal haram. Jadi semua perkara yang kita lakukan mesti dan wajib dilakukan dalam keadaan ikhlas. Kita tak boleh tunggu duduk termenung atau biarkan sahaja berlalu kalau nak dapatkan hidayah dari ALLAH s.w.t. Hidayah tidak akan datang begitu sahaja tanpa usaha yang sungguh pada ALLAH s.w.t.