Resepi Maggie Bujang Lapok

Maggie Mee Bujang Lapok


Ini adalah resipi maggie bujang segera.Bagi mereka yang ingin kelainan dalam masakan maggie segera boleh la mencuba.Insyallah sedap.

Bahan-bahan utama :

1 paket maggie kari /asam laksa maggie
1 biji  bawang merah / kecil ( di hiris )
1 ulas bawang putih (di hiris halus- halus )
1 biji telur 
1 gelas air
sedikit  sos cili

Bahan-bahan tambahan :

1 batang  lobak merah  ( kecik jer )..( potong ikut suka )
100 gram kobis bunga (potong ikut sesukati masing-masing )
1 ikat sawi  ( beli jer RM0.50 ) (  Potong ikut  sesukati masing-masing )

Cara-cara  penyediaan :
1. Panaskan kuali dan masuk kan sedikit minyak masak dengan  api yang sederhana .
2. Masukkan  bawang merah dan bawang puting  . goreng sehingga bau wangi 
3. Masukkan  segelas air  dan tunggu sehingga masak
4. Apabila sudah masak air tu masuk kan perencah maggie kari / asam laksa  
5. Kemudian masukkan  lobak merah, kobis bunga dan sawi yang telah di potong ikut suka hati  tadi
6. Gaul perlahan-lahan dan  masukkan sedikit sos cili ( kalau nak pedas , masukkan  2 sudu besar )
7. Masukkan maggie mee  dan gaul sehingga lembut  
8. Masukkan Telur  dan  masak  sehingga airnya pekat dan tinggal sedikit.
9. Tutup api dan  hidangkan..


Selamat mencuba!!!